Pengenalan - muka xxi


Pengenalan (terjemahan)

Rembau, sebuah daripada luak-luak yang sembilan.
Sejarah, Perlembagaan, Adat dan Istiadatnya.

oleh

C. W. C. Parr dan W. H. Mackray,
F. M. S. Civil Service

Bahawa penyusun-penyusun risalah ini adalah telah dipinta oleh Tuan D. G. Kimble, British Resident Negeri Sembilan pada menyediakan ringkasan adat dan istiadat Rembau ini yang mengenai perkara-perkara hak memiliki tanah, nikah kahwin, bercerai dan mewarisi harta.

          Oleh sebab tidak ada didapati kenyataan bertulis yang lengkap darihal Rembau ini maka akhirnya adalah dicadangkan sebagai penambah mana-mana yang ada, sedikit hal yang berkait dengan sejarah dan perlembagaan tadbirnya di negeri ini.

          Maka pengumpul-pengumpul adalah terhutang budi, baik pada beberapa pemerhatian maupun kenyataan-kenyataan yang sejalan halnya dengan Naning kepada Tuan G. L. Humphreys, Pemangku Pegawai Jajahan, Alor Gajah; dan juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan W. L. Connelly, Chief Police Officer, Negeri Sembilan, berkenaan dengan ulasan-ulasan yang berharga, adanya.

Ulasan