…merampas
jajahan. Selepas perjanjian ini ditandatangani dan Rembau mendapat perhatian
British maka Raja Ali pun, sebagai menangguk di air keruh, menggelar dirinya
Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang tiada pernah diaku oleh siapa-siapa itu dan
menantunya, Syed Sya’ban digelar Yamtuan Muda Rembau. Tetapi tak pun berapa
lama timbullah pula perselisihan dengan Dato’ Muda Katas, Linggi, lalu
berperang. Maka di dalam perkelahian ini Dato’ Undang Rembau mendiamkan diri
sahaja, tidak memihak ke mana-mana. Syed Sya’ban marah lalu mencuba menjalankan
muslihat hendak membunuh Undang Rembau. Maka dengan sokongan Undang Sungai
Ujung Raja Ali pun dapat diundurkan lari ke Lukut dan Syed Sya’ban berpindah ke
Tampin yaitu sebahagian daripada hujung daerah luak Rembau yang di sebelah
timur. Maka di sini ia memakai gelaran Tengku Besar dan memerintah, kekal
berketurunan kepada anak cucunya sampai sekarang dengan gelaran yang tersebut.
Setelah itu Rembau pun tetaplah menjalankan halnya dengan merdeheka dan
bersendirian membuat sebarang perjanjian dengan British dari semasa ke suatu
masa.
Maka adalah satu perkara lagi yang
rasanya berguna disebutkan selepas peperangan Naning ini. Ada pun Naning
berperang melawan British itu berakhir dengan Naning kalah pada 15 Jun 1832, Dato’
Dol Said berundur menyelamatkan diri. Maka sebagai membalas budi baik Raja Ali
lalu British hendak menyerahkan Naning di bawah tadbirnya. Tetapi oleh
keadaannya di dalam bimbang agaknya, maka tiadalah diterimanya pemberian ini.
Oleh itu Naning pun diperintahkan dari Melaka dengan Tuan Westerhout, seorang
Belanda diwakilkan memungut cukai dan menjaga hal ehwal daerah ini. (Tuan ini
dikenal dengan sebutan Tuan Barchi oleh orang-orang Melaka yaitu dipelatkan
daripada nama Kristiannya Bartholomeus atau Bartje).
Selepas kejadian di atas yaitu apabila
Raja Ali dan Syed Syaaban telah berundur dari Rembau, maka Sungai Ujung pula
berbalah dengan Rembau kerana Dato’ Klana tiada berkenan akan Lebai Kulub
memungut cukai di Simpang bagi pihak Rembau. Pergaduhan ini tamat dalam bulan
Ogos 1885. Tetapi…
Ulasan
Catat Ulasan