Maka Biduanda waris Jakun adalah juga
yang duduk di darat, yaitu di Chuai (Kampung Tebat), Lembaganya Datuk Setia
Maharaja. Semenjak berapa lama waris ini dilucutkan haknya menyandang pesaka
Perba kerana dikatakan cacat (2) keturunannya. Dalam pada itu waris ini memang
pun telah berjaya menyandang Undang yaitu Dato’ Kusil, Undang yang kesebelas.
Adapun
kedudukan Biduanda waris pada tarafnya bolehlah difahamkan daripada sebutan
gelaran “waris gedang”, yaitu “Orang Besar Undang”. Suatu sebutan atau gelaran
yang tiada sebandingan dengannya di dalam suku-suku yang lain.
Maka
Orang Besar yang dikenakan dengan sebutan “waris Undang” ini selain daripada
Dato’ Perba, yaitu Lembaga bagi seluruh waris adalah didapati gelaran-gelaran
Dato’ Menteri Lela Perkasa. Dato’ Mangkubumi, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Raja
Diraja – semuanya dipanggil “Orang Besar Undang” belaka.
Maka tiadalah pekerjaan yang khas bagi
“waris gedang” ini dan makanan mereka daripada hasil wang denda. “Gedang sama gedang,
kecil sama kecil,” kata perbilangan – yakni, semakin tinggi kedudukan semakin
besarlah bahagiannya di dalam Biduanda waris. Maka pada masa sekarang (tahun
1910) keempat-empatnya mendapat sara hidupnya ialah sebahagian daripada hasil
Rembau yang...
(1) Lihat Bab I muka 1 dan juga JRAS,
Jilid XVI muka 152, Januari 1886, yang di dalamnya ada menyebutkan bahawa
benda-benda yang seumpama ini juga jadi permakanan (hasil) Raja Siak. Lihat
hal-hal berkenaan Sultan Siak oleh H. A. Hymans Van Anroji.
(2) Waris tebat adalah dikatakan
keturunan sebelah pihak perempuan daripada Serani bernama si Dadap yang
didapati oleh Dato’ Uban dalam masa lawatannya ke Melaka tahun 1646 M. Telah
diakui semula berhak mendapat pesaka pada tahun 1932.
Salam saudara, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana usaha saudara menterjemahkan buku yang bernilai ini ke tulisan rumi. Saya sangat berminat dengan dokumentasi yang berkaitan dengan adat perpatih, khususnya Luak Rembau. Di manakah boleh saya dapatkan salinan buku ini. Saya boleh dihubungi melalui email: ijot76@gmail.com
BalasPadam