Tetapi di Rembau, hak Jakun yang asal
mempunyainya itu telah terserah kepada waris dari perkahwinan Tok Lela Balang
dengan anak Batin Sekudai (1). Maka tertolaklah orang-orang Batin itu ke rimba
raya pada
“Air
segantang selubuk,
“sedangkang
berbunyi,
“siamang
bercawat-cawat,
“tempat
ungka berdayu-dayu –
“Batin
yang punya.”
Kerana tanahnya telah dimiliki oleh
ahli-ahli suku yang mendatang dengan jalan tebus (2). Maka yang tertinggal lagi
kelebihan waris daripada suku yang sebelas yang datang dari Minangkabau itu
ialah oleh sebab dia yang perempuan dengan kerana ini maka dia jugalah balik
yang mempunyai tanah itu. Kata perbilangannya:
“Jalan
raya, titian batu,
“bukit
dan bukau,
“rimba
yang sunyi,
“gaung
yang dalam,
“lepan
yang lebar,
“bandar
yang sundai, si baru-baru yang punya,
“lubuk
yang dalam, si kitang-kitang yang punya.”
(Perbilangan
XV, Penambahan i)
yakni,
“dari
hulu air menyincang, ke hilir ombak memecah, waris
yang
punya;
“tetapi,
“sawah
yang berjinjang, pinang yang berjejer,
“Lembaga
yang punya.”
(Perbilangan
XVIII, Penambahan i)
(1) Lihat Bab I muka 2.
(2) Lihat H. Hill, JRAS, Julai 1898.
Ulasan
Catat Ulasan