“jika
tinggal sekadim, tiada boleh menjadi barang sebagaimana.”
(Perbilangan XXXIX, Penambahan i)
Mengikut
adat, berkahwin hanya boleh dengan suku lain sahaja. Perkahwinan sama suku atau
sewaris dinamakan “sumbang”. Apabila berlaku perkahwinan maka laki-laki itu pun
berpindahlah ke dalam suku perempuan itu menjadi kepunyaan suku itu mengikut
kata:
“Orang semenda kepada tempat semenda,”
(Perbilangan
II, penambahan i)
Perkahwinan
di Rembau bukanlah sebagai mengikat perhubungan di antara seorang laki-laki dan
seorang perempuan, melainkan ialah yang terutamanya mengenai rugi laba bagi
suku jika berlaku kejadian perkahwinan dengan kekerasan, umpamanya “terkurang”
“serah menyerah” atau juga “merumah” maka perempuan yang menjadi mangsa
perkahwinan ini yang akan beruntung mendapat denda adat, bukan Lembaga, bapa
saudara atau pun sepupu si laki-laki (1).
Berhubung
dengan peraturan yang kuat bagi menyimpan harta benda di dalam suku itu maka
kejadian ini adalah berasaskan riwayat yang tiada terang – kononnya, semua
harta benda, umpamanya tanah dengan rumah, tanam-tanaman dan juga barang-barang
galian isi tanah pusaka itu ialah telah menjadi milik suku yang sebelas dengan
jalan beli. Ada pun di tempat-tempat lain dalam Negeri Sembilan, yang punya
tanah ialah ketuaan Jakun, kemudian dijualkannya kepada peneroka-peneroka yang
dari Minangkabau itu dengan cara penjualan seperti kata serangkap perbilangan:
“Takik
kayu Batin Jenang,
“putus
tebus kepada Undang,
“jangka
berelak,
(1) Lihat perkahwinan terpaksa dalam
Bab IV
Ulasan
Catat Ulasan