Maka ikatan secara perlembagaan ini
adalah sentiasa membukakan pintunya pada meramaikan bilangan ahli suku
masing-masing dengan tujuan menambah dan mendatangkan kekayaan harta bagi suku
itu. Mengikut adat bahawa berjual bergadai, berbahagi belah masa bercerai atau
mati maka harta-harta adalah lebih cenderung kepada tujuan yang dengan
seboleh-bolehnya berkekalan tinggal di dalam suku – sampailah kepada kematian.
Yakni takdirnya mati salah seorang di dalam suku, maka mengikut pandangan adat
bahawa kematian itu ialah juga bermakna kerugian harta bagi suku. Maka inilah
sebabnya jika berlaku sesuatu perbunuhan terpaksa suku orang yang membunuh itu
mengganti jiwa yang telah hilang itu dengan batang tubuh seorang yang hidup,
ertinya, sekadim yang karib dengan pembunuh hendaklah berpindah menjadi ahli
bagi suku yang ahlinya terbunuh itu sebagai pengganti, mengikut perbilangan:
“Cincang
pampasan,
“bunuh,
hulur balas –
“cacat
membaiki,
dan
“Anak
dipanggil makan,
“anak
buah disorong balas.”
(Perbilangan
XXXV, Penambahan i)
Pendeknya,
sukulah yang bertanggungjawab, bukan si pembunuh sendiri; kerana si pembunuh
tentulah bukan ahli bagi suku bapanya. Jadinya, sebagai pengganti, maka
haruslah terkena kepada anak saudara si pembunuh – kecualilah jika kejadian ini
mengenai suku Biduanda Waris maka tiadalah boleh dijalankan demikian, kerana
Biduanda Waris tidak boleh dikadimkan ke dalam sebarang suku lain yang bukannya
Biduanda Waris.
Seorang
kanak-kanak boleh dikadimkan ke dalam suku lain jika waris yang di sebelah emak
kanak-kanak itu bersetuju dan Lembaganya pula membenarkan. Setelah...
33
Ulasan
Catat Ulasan