...yang terikat menjadi “Persatuan
Rembau” itu. Apabila diaku sahaja ia menjadi ahli sesuatu suku maka hendaklah
ia memikul kewajipannya mengikut adat; hanya yang berbeza keadaannya dengan
yang dua belas bahawa dia tiadalah boleh dilantik kepada jawatan Buapak,
menjunjung pesaka Lembaga, atau pun juga adat mas kahwin yang tinggi melebihi
ahli-ahli suku yang tertua. Bagi seseorang yang mengaku dirinya mempunyai hak
yang penuh adalah dikehendaki boleh menerangkan keturunannya (nenek moyang
mengikut sebelah perempuan) hingga santak kepada salah satu ibu yang asal bagi
perutnya seperti kata perbilangan:
“Yang
berlukis, yang berlembaga;
“yang
berturus, yang berteladan;
“yang
bersesap, yang berjerami;
“yang
berbab, yang berfasal.”
(Perbilangan
XXX, penambahan i)
Demikianlah
halnya. Suku Paya Kumbuh baruh yang duduk di Gadong, Batang Nyamor dan
Semerbok, sebab mereka berasal dari Sungai Layang maka tiadalah ia berhak
menyandang pesaka Dato’ Merbangsa. Adat mas kahwin mereka hanya 50 rupiah
sahaja, bukannya 90 rupiah seperti yang dibuat oleh suku Paya Kumbuh sebelah
baruh.
Setelah
suku-suku yang lima itu terikat menjadi persatuan maka jadilah keadaannya
berhubung rapat satu dengan lain, demikian juga ahli-ahli suku itu terikat
kepada tujuan yang sama dan bekerja memelihara hak milik dan kelabaan mereka di
dalam adat seperti kata perbilangan:
“Laksana
sirih serumpun,
“laksana
nyiur setali,
“serangkap
bak lembing,
“sebungkus
bak nasi,
“sekucung
bak kuah,
“berlopak
bak sawah.”
(Perbilangan
XXXIII, Penambahan i)
Ulasan
Catat Ulasan