Almarhum Dato' Sedia Raja Abdullah bin Haji Dahan, C. B. E.
Undang Rembau yang kedelapan belas
Menyandang Undang dari 1922 hingga 1938.
Bab Yang Kedua
Ceraian 1, “Suku-suku”
Bahawa
Rembau ialah luak yang terdiri dari persekutuan dua belas suku. Maka tiap-tiap
suku itu pada sebutannya adalah berasing-asingan wujudnya, dan ahli-ahlinya
pula tidak tertakluk di bawah sebarang kuasa yang di luar daripada
lingkungannya, kecuali Undang.
Maka
pertadbirannya tersusun mengikut aturan: -
(i) Orang Besar;
(ii) Buapak (ibu bapa) yang berkuasa dalam
lingkungan keluarga atau perut dalam
sesuatu suku asal.
(iii) Lembaga,
yaitu tempat kuasa buapak itu terikat.
Luak
Rembau itu, sungguhpun terbahagi dua, yaitu “baruh” dan “darat” (1) dan hal di
antara dua bahagian daerah ini ada perasingannya, maka pada cara memerintah
tiadalah apa-apa perbezaannya, hanya sekadarkan Lembaga-lembaga di sebelah
“darat” tiadalah berkuasa ke atas mereka-mereka yang sesuku dengannya di
sebelah baruh. Maka demikian jua sebaliknya. Pihak “darat” itu, sungguhpun berpecah
dua menjadi “hulu” dan “hilir” (2) maka tidaklah ada apa-apa perubahan dalam
kuasa memerintah suku masing-masing.
Maka
nama suku-suku semuanya adalah seperti berikut:_
1.
Biduanda atau Waris,
2.
Batu Hampar,
3.
Paya Kumbuh,
4.
Mungkal (Mungkar),
5.
Tiga Nenek,
6.
Seri Melenggang,
7.
Seri Lemak,
8.
Batu Belang,
9.
Tanah Datar,
10.
Anak Aceh,
11.
Anak Melaka, dan
12,
Tiga Batu.
(1) Lihat Bab I muka 5.
(2) Lihat Bab I muka 6 (ii).
Ulasan
Catat Ulasan