...ditabalkanlah menjadi Yamtuan Besar
Seri Menanti. Setelah ia mangkat maka Rembau pun menarik diri daripada
mencampuri perkelahian berebutkan takhta yang dilakukan oleh Tunku Beringin
supaya puteranya jadi Yamtuan itu. Semenjak itu siasah kerajaan Rembau pun
berjalanlah dengan lancarnya, tiada diganggu-ganggu oleh raja-raja lagi,
sampailah kepada masuk di bawah naungan British.
Adalah
peperangan atau langgaran-langgaran ke atas Rembau, jika hendak dikatakan ada
buahnya ialah Rembau telah berhasil menolak bantuan raja yang berlebih-lebihan,
dan perhubungan dengan mereka semua bukanlah menambah-nambahkan aman keadaan di
dalam persekutuan negeri-negerinya. Wujudnya persekutuan empat buah negeri
Minangkabau di bawah pimpinan seorang raja akibat daripada serangan Bugis dan
perkeluaran hasil negeri dengan menggunakan jalan mengikut sebatang sungai bagi
faedah bersama di antara negeri-negeri yang bertentangan tujuannya di antara
satu dengan lain itu ialah punca bagi kekusutan juga. Yamtuan Besar tiadalah
dapat menyelesaikan masalah pembahagian-pembahagian hasil. Peperangan Rawa
tahun 1815 sebaliknya telah berkesudahan bertambah erat ikatan waris-waris
Rembau dengan dapat mengadakan peraturan bahawa delapan kampung (1) adalah
mendapat pembahagian sama di dalam hak-haknya berhubung hasil negeri. Maka
usaha Tuanku Raden hendaklah melemahkan kuasa Undang dengan menanam gelaran
“Raja Diraja”, tidaklah menyebabkan Undang bermusuh-musuhan dengan waris
sebagai yang diharapkan. Sebaliknya menjadikan Undang bermusuh dengan Dato’-Dato’
Lembaga dan sidang jemaah perlembagaan yang di bawah tadbirannya.
Setelah
Rembau terbuka dengan bertambah-tambah maju maka kedudukan Undang di dalam luak
yang pada mula-mulanya tiada berapa terkenal itu pun bertambahlah, bahkan
inilah hasil usaha-usaha dalam kejadian yang berlaku pada masa yang sudah-sudah
itu.
Dalam
tahun-tahun yang akhir bagi Dato’ Nganit menyandang Undang maka kedudukannya
adalah sangat diganggu oleh Dato’ Pakat, menteri waris Jawa (2) dalam pada itu
tiadalah berjaya pengacau-pengacau ini. Apabila mangkat Undang Dato’...
(1) Lihat Bab II ceraian 5.
(2) Lihat Bab II ceraian 5.
Ulasan
Catat Ulasan