Dato’-Dato’ Lembaga yang berlapan.
Dalam bulan Januari tahun inilah Raja Ali mengangkat dirinya sebagai Yamtuan
Besar Negeri Sembilan yang tidak disokong mana-mana Undang pun itu dan
menyerahkan darjah Yamtuan Muda Rembau kepada menantunya Syed Sya’ban. Gelaran
ini tidak diperkenani oleh Rembau kerana Syed Sya’ban bukannya berdarah raja
sekalipun isterinya puteri raja.
Oleh
sebab persetiaan 1832 M itu Lembaga Berlapan sama menurunkan tandatangan maka
jadilah perubahan dalam susunan siasah tadbir Rembau. Dengan masuknya Lembaga
Berempat Di Darat bersama ke dalam Jemaah Majlis Balai Undang maka bermaknalah
pentadbiran negeri telah maju setapak perpaduannya.
Darihal
Raja Ali yang mengaku dirinya jadi Yamtuan Besar Negeri Sembilan dari hasil
muslihat yang dibuatnya dengan pihak yang berkuasa British di Melaka (1) dan
berjaya mengangkat Syed Sya’ban sebagai Yamtuan Muda Rembau ialah dalam bulan
September tahun 1832. Oleh sebab pertalian darahnya dengan Syed itu maka Rembau
pun tercebur dalam peperangan dengan Linggi, (2) yaitu di antara Undang Dato’
Nganit yang dikatakan termakan budi bagi satu pihak, dan Nakhoda Labuh yang
dibantu oleh Raja Ali dan Yamtuan Muda Syed Sya’ban bagi pihak lawannya.
Akhirnya, seperti kata perbilangan, Dato’ ini umpama “pipit melawan enggang”
maka ia pun memohonkan sokongan daripada Yamtuan Raden Seri Menanti (3). Pada
tahun 1834 Raja Ali pun berundurlah dari Rembau (4), demikian juga Syed Sya’ban
berpindah ke Tampin, daerah luak Rembau yang diserahkan kepadanya tahun 1832
bagi memerintahkan itu. Maka Raja Raden pun...
(1) Dalam tahun 1832 Raja Ali telah
dikurniakan sekeping tanah dalam bandar Melaka sebagai hadiah bagi bantuannya
dalam peperangan Naning.
(2) Linggi, dalam perbilangan “beremak
ke Rembau, berbapa ke Sungai Ujong.” Maka peperangan ini asalnya ialah
perselisihan di antara Dato’ Muda Katas dengan seorang besar yang bernama
Nakhoda Labuh.
(3) Lihat Lister. Undang-undang Melayu
Negeri Sembilan JRAS Jilid XXII Disember 1990, muka 367 sampai 368.
(4) Raja Ali berundur ke Lukut dan
kemudian berpindah tinggal bersama menantunya di Tampin mangkat di Keru tahun
1850.
Ulasan
Catat Ulasan