...(1) dan beberapa ramai orang Rawa.
Maka di antara Dato’-Dato’ Lembaga Rembau yang memihak sebelah penyerang ini
ialah Lembaga-Lembaga Seri Melenggang (2). Setelah tiga tahun lamanya berperang
dengan tiada berketentuan maka oleh sebab kuat angkatan Raja Kerjan, panglima
Bugis yang menyebelahi Rembau, peperangan ini pun tamatlah dengan berkesudahan
pihak yang melanggar itu bercerai-berai dan berundur membawa diri dan
Dato’-Dato’ Lembaga yang derhaka itu pun dihukum hilang taraf Lembaganya.
Dalam
tahun 1832 M Raja Labuh, putera raja yang akhir sekali di antara yang
diwakilkan dari Sumatera itu pun terhalau keluar negeri lalu berundur ke
Sumatera. Maka selama ia memerintah sememangnya kedudukannya tiada dikenal oleh
Kompeni Inggeris (East India Company) meskipun setahun dahulunya ia hadir
bersama di Melaka tatkala Rembau mematerikan perjanjian perniagaan dengan
Kompeni Inggeris ini. Dengan keadaannya sebagai seorang yang tidak diakui
keahliannya dalam jemaah pentadbiran Rembau maka tiadalah ia sama
menandatangani perjanjian ini – yang menurunkan tandatangan bagi pihak Rembau
dan daerah pemerintahannya sebagai kerajaan yang merdeheka ialah Raja Ali,
Undang Dato’ Nganit dan Lembaga “Berempat”.
Pada
awal tahun 1832 M oleh pihak yang berkuasa British di Melaka diteguhkanlah lagi
perjanjian yang dibuat dalam tahun 1831 M itu dengan suatu persetiaan yang
lebih sempurna. Bagi pihak kerajaan Rembau ialah Undang dengan Dato’
Lembaganya.
Maka
kandungan persetiaan ini jika dipandang dari segi sejarah sangatlah mustahak
kerana bagi pihak Rembau kelihatan cap jari Raja Ali, cap Syed Sya’ban (3), dan
juga tanda-tanda tangan Undang Lela Maharaja Nganit serta...
(1) Yang menggantikan Tok Muda Aman,
Tok Muda Linggi yang pertama, kira-kira dalam tahun 1824.
(2) Dato’ Dagang dan Dato’ Mangkuta –
lihat Bab II, ceraian Lembaga.
(3) Anak Syed Ibrahim al-Qadri,
seorang Arab, dari gundiknya yang bernama Seri Kamis yaitu hamba perempuan
Kapten Zainuddin, Melaka. (Lihat Newbold Jilid II muka 131).
Ulasan
Catat Ulasan