…kapal
yang berlayar di Selat Melaka yang tidak dengan kebenaran Belanda. Maka perjanjian
ini dibaharui oleh Gabenor Thyssen, Inggeris, di Melaka, tahun 1818.
Satu daripada perkara yang menarik hati
lagi ialah bahawa perjanjian ini ada pula menyebutkan sembilan daerah di Rembau
dan juga ditandatangani oleh Dato’ Undang Rembau sahaja sebagai Penghulu bagi
pihaknya dengan meninggalkan Raja Adil yaitu menunjukkan bahawa Raja Adil bukanlah
raja memerintah Rembau yang diakui oleh pembesar-pembesar Bugis bagi pihak kerajaan
Johor pada masa itu sungguhpun gelarannya Yamtuan Muda, Rembau, mengikut
gelaran yang dipakai oleh kerajaan Riau-Johor dan isterinya pun seorang puteri Bugis.
Darihal raja-raja Minangkabau mencampuri
hal Negeri Sembilan amnya dan Rembau khasnya adalah bermacam-macam cerita. Sebelum
datang Raja Adil, yakni selepas Raja Ibrahim yang terbunuh tahun 1679, dalam riwayat
Sungai Ujung ada menyebut nama Raja Kasah. Raja ini dijemput oleh Undang Sungai
Ujung, Johol, Naning dan Jelebu tetapi oleh sebab didapati ia jahil di dalam
Adat Perpatih lalu tertolak semula ke Sumatera. Kemudian baharulah datang Raja
Adil. Selepas itu Raja Khatib pula namanya. Dia ini pun dikatakan raja tiada
sah juga. Akhirnya baharulah Raja Melewar. Mengikut peringatan hari-hari
Belanda bahawa Raja Melewar datang ialah dalam tahun 1772.
Maka riwayat perjalanan Raja Melewar
datang adalah penuh dengan cerita yang dibesar-besarkan, dalam pada itu adalah
diakui bahawa ia datang itu melalui Siak dengan membawa keterangan yang
bercapkan mohor sebagai Sultan Minangkabau, kononnya memerintah Palembang,
Jambi, Inderagiri, Inderapura, Siak, Aceh, Pariaman dan lain-lain lagi. Darihal
menabalkan dia jadi Yamtuan pula bermacam-macam cerita yang didapati lagi,
setengah riwayat menyebutkan ditabalkan oleh Undang Sungai Ujung, Johol dan
Rembau, dan separuhnya mengatakan Undang Jelebu termasuk sebagai penabal yang
keempat; yang lain lagi menyebutkan pula Penghulu Kelang – ada yang mengatakan
Dato’ Ulu Muar, Dato’ Naning dan keempat-empat Undang sekali menabalkan dia,
melayankan Raja Melewar perlahan-lahan…
Ulasan
Catat Ulasan