Bab Yang Pertama - muka 2


…sahaja dan bersandar kepada kepercayaan dan kecenderungan pendapatan yang lazim adanya pada orang-orang Melayu.

     Mengikut ceriteranya bahawa angkatan yang pertama sekali datang ke Rembau ialah dipimpin oleh seorang Batin, namanya Batin Cepa, adik laki-laki kepada Batin Seri Bujaya atau Seri Bujik yang membuka Sungai Ujung (1).

        Maka satu riwayat lagi kononnya, ada seorang Penghulu Sakai, namanya Tok Raja Di Gunung, ia ada seorang anak angkat perempuan, yaitu asalnya konon dijumpai di dalam sebuah gua batu. Anak angkat ini dikahwinkan dengan Jaya Putra, iaitu seorang yang dari keturunan raja-raja Johor.

        Kedua-dua cerita ini juga dipandang menerusi segi sejarah nyatalah tidak boleh dipercayai, kerana nampak benar sengaja dibesar-besar dan dibuat-buatkan sahaja dengan tujuan hendak melindungkan sebut-sebutan buruk, umpamanya dikatakan bahawa Biduanda Waris, Rembau itu, pada keturunan sebelah perempuannya ialah dari kaum darat atau Sakai itu. Maka ada tidak bergunanya cerita-cerita ini nyatalah menunjukkan bahawa benarlah kaum darat yang dahulu menjadi penduduk Rembau ini dan sudah lama pula masanya. Maka cerita yang kedua yang mengatakan Dato’ Raja Di Gunung berkait dengan Jaya Putra itu, lebih lagi merosakkan kebenaran riwayat bapa kepada anak menurut segi tawarikh. Meskipun barangkali ada yang berpendapat sedap bunyinya dan gemar orang mendengarnya.

        Adapun riwayat yang terkenal sekali ialah teromba yang ketiga iaitu cerita yang lanjut menyebutkan perihal Bendahara Skudai, atau dengan lain perkataan, Batin Skudai datang menduduki Rembau. Maka Batin Skudai ini, mengikut riwayatnya ada tiga orang anak perempuan. Bernama Tok Mudik, Tok Mengkudu dan Tok Bungkal. Maka akan Tok Mudik, menjadi nenek moyang Klana Petra, kepala waris Sungai Ujung dari perkahwinannya dengan seorang laki-laki dari Pesawi; Tok Mengkudu, berkahwin dengan seorang Syed dan keturunannya jadi Bendahara…



(1) Lihat Newbold dalam risalatnya Jilid ii muka 376 dan “Blend” dalam Aturan Sungai Ujung: JRAS Jilid XXVII.






Ulasan