... pada 8 August tahun 1895.
Sungguhpun sebutan “Negeri Sembilan” itu diasaskan kepada perikatan sembilan
buah negeri, maka daerah-daerah atau luak yang sebenarnya hanyalah enam sahaja
yaitu Seri Menanti, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Tampin.
Dalam
tahun 1898 M diikat pula lagi perjanjian bagi mengetatkan persetiaan tahun 1895
iatu, ditandatangani oleh Undang Yang Empat, yaitu Dato’-dato’ Jelebu, Sungai Ujong,
Rembau dan Johol. Maka di dalamnya tersebut darihal gelaran Yang Dipertuan
Besar Seri Menanti bertukar menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dan
lagi dalam persetiaan ini menyebutkan juga bahawa jika berbangkit perselisihan
di antara Dato’-dato’ Undang itu sesama mereka maka berkuasalah Yang Dipertuan
Besar mendamaikan. Dalam pada itu tiadalah dikehendaki ia mencampuri hal
pertadbiran dan siasah di dalam masing-masing luak itu. Maka dengan termasuknya
luak Inas, Gunung Pasir dan Terachi baharulah lengkap sebutan Negeri Sembilan
yang dinamakan dalam perjanjian tahun 1898 itu. Kezahiran nama sembilan buah
negeri mengikut kuat kuasa perjanjian tahun 1898 ini tidaklah menyinggung
keutamaan Rembau sebagai naungan British mengikut persetiaan berasingan yang
dibuatnya dalam tahun 1883 M dahulu.
-------
Ulasan
Catat Ulasan