...Akir, tahun 1871 M adalah beberapa
bulan lamanya baharu dapat dikerjankan Dato’ Haji Sahil menjadi Undang, yaitu
setelah berjaya pula dalam pertelingkahannya dengan Haji Mustafa waris Kampung
Gadong yang sama-sama menuntut hendak jadi Undang juga, maka Haji Mustafa ini
dibantu oleh Haji Abdul Karim, Lembaga suku Tiga Nenek.
Maka
kejadian-kejadian yang kusut darihal merebut pesaka Undang ini adalah sangat
mendapat sokongan Dato’ Lembaga. Dalam tahun 1877 M Dato’ Haji Sahil pun
berusahalah hendak mendapat sokongan luar bagi mengukuhkan kedudukannya. Maka
diikatnya satu perjanjian dengan Sultan Abu Bakar, Johor masa baginda itu
berangkat ke Rembau, mengaku Rembau masuk di bawah naungan Johor, tetapi
usahanya ini adalah tidak berhasil kerana tidak dapat ia membawa Lembaga Yang
Berlapan bersama menandatangani perjanjian yang dibuatnya itu dan yang demikian
perjanjian itu tidaklah masuk atau diakui sah.
Setelah
itu, dengan muslihat juga kerana faedahnya sendiri, maka dilanggarnya Tampin.
Ini pun tidak juga dapat memuaskan hati Dato’ Lembaga itu; demikian juga
perbuatannya menyebelahi Seri Menanti yang pada masa itu bergaduh dengan Dato’
Klana Petra Sungai Ujong. Tatkala didapati segala percubaannya adalah tidak
berjaya maka tiadalah jalan lain baginya melainkan terpaksa menerima keputusan
dari campuran British memulihkan halnya yang sentiasa di dalam perbalahan
sesama sendiri itu.
Dalam
tahun 1883 M Lembaga Yang Berlapan pun pergilah ke Melaka mengadukan halnya
kepada Tuan Sir Frederick Aloysius Weld yang menjadi Gabenor Negeri-negeri
Selat pada masa itu; dengan persetujuan Gabenor maka Dato’ Haji Sahil pun
dipecatlah dan diangkat Dato’ Haji Serun bin Saidin (1) waris Kampung Tengah
menjadi Undang. Maka dibuatlah perjanjian bersahabat.
(1) Mangkat 29.1.1905, digantikan oleh
Haji Sulung bin Miuk, waris Gadong, dengan persetujuan dari Gabenor Singapura.
27
Ulasan
Catat Ulasan