Adalah
dalam tahun 1540 M jajahan negeri Johor, kecuali Melaka, di bawah perintah
Portugis, pada sebutannya ialah, ke timurnya daerah-daerah yang dari Kemaman ke
selatannya, dan ke barat, daerah-daerah yang sehingga ke Sungai Bernam. Sultan
Mahmud Riayat Syah yang telah terpaksa berundur dari Johor dalam surat rayuannya
tahun 1785 M kepada Tuan Light yang menjadi Residenate Pulau Pinang masih
mengaku dirinya “Pemerintah Takhta Kerajaan Johor, Pahang dan Jajahan-Jajahan
Takluknya” (1) pada masa itu di bawah tadbir kerajaan Johor.
Maka daerah yang tersebut, dalam tahun
1510 M adalah terpencil belaka duduknya daripada negeri Johor, jadinya, pertadbirannya
masing-masing pun adalah berjalan dengan bersendirian belaka kerana kesukaran
perhubungan, tetapi tiadalah kesusahan kepada penduduk-penduduknya yang harus
berasal dari Sakai itu berhubung-hubungan di antaranya sesama sendiri. Oleh itu
nyatalah yang sebenar-benarnya yang dinamakan Hulu Pahang pada tahun 1540 M tak
dapat tiadalah daerah-daerah yang diairi oleh Sungai Pahang sejauh-jauh yang boleh
sampai dengan mudahnya pengaruh kuasa Johor sahaja, seperti daerah-daerah hulu
Sungai Pahang yang termasuk ke dalam kawasan Johor, dan juga sempadan yang di
sebelah hulu yang sekarang ini duduknya di Kuala Tembeling itu. Maka Sungai
Pahang itu apabila sampai ke Kuala Tembeling berubahlah namanya yaitu cawangan
yang di sebelah kirinya disebut Sungai Tembeling dan yang di sebelah kanannya
Sungai Jelai pula namanya. Ada pun daerah bersungai yang duduknya arah ke hilir
dari Tembeling yang boleh dinamakan Hulu Pahang kurun yang keenam belas itu
adalah dengan senangnya didatangi dari Johol, Jelebu dan dari Segamat. Bagi
jajahan Hulu Pahang maka Jelai ini adalah betul-betul duduknya arah ke hulu di
samping Sungai Pahang yang lebar itu.
Tuan Grey dalam kenyataannya berkenaan
dengan perjalanannya ke Hulu Pahang tahun 1827 M (2) ada menyebutkan dengan
terangnya bahawa daerah Hulu Pahang yang…
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
(1) Lihat Newbold Jilid II muka 48.
(2) Lihat Newbold Jilid II muka 6_135.
Ulasan
Catat Ulasan