Bab Yang Pertama - muka 1




 “Rembau”

Tawarikh, Pentadbiran, dan Adatnya

oleh

C. W. C. Parr dan W. H. Mackray


Bab Yang Pertama
__________________

Rembau Dipandang Menerusi Dari Segi Sejarah

          Bahawa kepada orang-orang Rembau adalah serangkap kata ibarat peninggalan bapa kepada anak yang pernah disebut-sebut oleh mereka dengan lancarnya. Maka kata ibarat itu berbunyi:

                   “Gagak hitam, gagak Senoi;
                   “turun dari bukit berkaki empat:
                   “bangau putih –
                   “datang dari laut berkepak sayap,”
                   (perbilangan VII, penambahan I)

Yaitu kehendaknya dengan ringkas bahawa penduduk Rembau yang asli adalah diibaratkan “gagak turun dari bukit,” dan orang-orang yang mula-mula datang dari Minangkabau yang diakui sah, diberi kuasa pendudukan dan kepercayaan diumpamakan mereka “bangau putih dari laut.”

          Mengikut pendapatan Newbold (1) adalah orang-orang Minangkabau masuk ke Rembau yang mula-mula sekali ialah dalam tahun 1338 M, yaitu bersamaan dengan tahun 773 H – katanya, dari perkahwinan laki-laki dan yang datang mula-mula ini dengan perempuan penduduk Rembau yang asli itulah wujudnya suku waris (Biduanda) Rembau yang terkenal itu.

          Maka akan cerita kedatangan gagak (orang darat) itu ke Rembau ada tiga riwayat. Rekaan yang ditinggalkan oleh bapa kepada anak yang keadaannya berbeza di antara satu dengan lain – nampaknya – cerita-cerita ini adalah seperti dibuat-buatkan…

__________________________________________
(1) Lihat Newbold dalam risalatnya yang bernama “Pendudukan British di Melaka” Jilid ii muka 77.

Ulasan